Tuesday, July 15, 2008

MUSIM PEMILIHAN

Pru 12 baru beberapa bulan berlalu dan kini tiba pula musim pemilihan UMNO bagi memilih calon calon yang layak memimpin bermula dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat pusat. Rata rata peringkat didapati ada pertandingan tidak mengira diperingkat cawangan, bahagian mahupun pusat. Apakah seluruh warga UMNO sudah bersedia dan sudah memahami benar akan sifat sifat yang ada pada calon calon yang hendak dilantik bagi membentuk satu ummah yang perkasa?

Tempelak pada pru 12 masih hangat terasa dan persoalan disini apakah kita mahu melihat pejuang pejuang UMNO berada pada tahap asal atau inginkan pada satu perubahan? Sebelum kita menentukan apa apa keputusan marilah sama sama bermuhasabah pada diri sendiri dengan apa yang telah belaku, sedang berlaku dan akan berlaku?

Pertama tama yang harus ditilik adalah hal hala tuju perjuangan. Apakah yang hendak kita perjuangkan melalui tiket UMNO? Moto perjuangan UMNO bermula dengan AGAMA, kemudiannya BANGSA dan seterusnya NEGARA. Jadi bagi menentukan siapa yang layak maka haruslah kita menilai para bakal pemimpin itu selari dengan moto perjuangan UMNO supaya dapat kita sama sama merealisasikan apa yang tersemat pada moto perjuangan.

Janganlah kita menjadi orang orang yang bertanggung jawab merosakkan agama, bangsa dan negara kita sendiri hanya kerna ingin memenuhi kehendak nafsu diri sendiri dimana hanya dengan harta, tahta dan wanita sudah cukup untuk memusnahkan agama, bangsa dan negara. Suka atau tidak dan sedar ataupun tidak, setiap tindakkan kita itu pasti akan didatangkan timbal balasnya dari Yang Maha Berkuasa samada dalam bentuk senang(ketenangan) atau sengsara(azab). Pada lazimnya manusia akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendak nafsu dituruti. Kini manusia sudah semakin jauh dari Yang Maha Pengasih dan buktinya adalah BALA(AZAB) telah didatangkan dimana mana. Saban hari kita berikrar bahawa IBADAHKU, HIDUPKU DAN SEGALA PERBUATANKU ADALAH SEMATA MATA KERNA ALLAH. Melafazkan ikrar adalah satu perkara yang mudah akan tetapi melaksanakan ikrar adalah suatu yang amat menyukarkan selagi harta, tahta dan wanita terletak ditahap teratas.

Apakah agama itu satu barangan yang boleh dipersendakan? Nabi Muhammad s.a.w. telah berpesan,"jika kamu hendak dilantik menjadi seorang imam(pemimpin) hendaklah kamu lari seperti melihat seekor singa yang lapar". Akan tetapi, pada hari ini manusia akan datang berduyun duyun bagi mendapatkan jawatan tersebut. Manusia masa kini adalah spesis yang jauh lebih berani kerna sanggup mengenepikan ketetapan Illahi dalam membentuk sebuah kehidupan. Kononnya, dosa itu tak nampak tapi mereka lupa akan azab yang melanda mereka dan keluarga mereka seperti didatangkan pelbagai penyakit kedalam diri mereka. Orang yang asyik dalam melayani nafsu mereka tidak mungkin akan sedar bahawa penyakit yang didatangkan kepada mereka merupakan satu kifarah yang juga merupakan azab keatas diri mereka. Apakah perlunya harta yang menimbun sedangkan azab senantiasa melanda diri? Sajak Pak Lah juga ada berbunyi ,"YANG KU CARI BUKAN HARTA MENIMBUN". Jika benar demikian perjuangan kita kenapa masih takut untuk berkongsi kekayaan sehingga masih ada jurang perbezaan kam elit dan bawahan. Seperti yang telah saya katakan bahawa melafazkan ikrar adalah sesuatu yang mudah berbanding untuk merealisasikannya dalm kehidupan.

Kaum bawahan pula sanggup menggadai maruah agama demi untuk hidup senang.Maka itu jika kita lihat pada setiap kali musim pertandingan, bakal bakal calon akan sanggup mengumpul warga mat rempit bagi meraih sokongan ketika pemilihan. Kenapa berlaku demikian? Apakah budak rempit ini tahu menilai erti perjuangan? Cari orang bodoh untuk lantik calon bodoh maka dapatlah kita pemimpin bodoh. Ada yang sesetengahnya pula tidak mahu membayar yuran kepada ahli ahli yang tidak mahu menyokong mereka supaya tidak dapat menyertai pemilihan. Apakah orang orang ini layak untuk berada didalam UMNO? Berani kerna benar dan takut kerna salah. Jika calon benar benar telah menjalankan tanggung jawabnya didalam parti, maka adalah pasti untuk ia menang. Walaupun apa jenis permainan ang sedang dilakukan dimusim pemilihan, anda tetap akan diperhatikan dan jangan sampai UMNO ditalkin pada musim akan datang diatas sikap angkuh yang ada pada calon. Jika musim ini tak dapat mengundi, insya Allah pada musim depan berjumpa jagi. Ingat manusia tak mungkin ditipu dua kali. Ingatlah bahawa pru12 telah membuktikan bahawa rakyat menentukan siapa layak memerintah.

Hanya AGAMA yang dapt menyujudkan sebuah BANGSA yang perkasa dalam memartabatkan kembali UMNO dan seterusnya orang orang melayu kemercu tertinggi. Dengan menujudkan bangsa yang berpaksi pada agama, maka sudah pastilah ianya dapt membentuk sebuah NEGARA yang aman dan harmoni. AMIN

10 comments:

zamspotte said...

SAlam... Betul telahan Pak Ngah...

Namun, berapa kerat sangat yang ambil peduili akan dosa-dosa yang telah mereka lakukan kerana Ta' Ta' Ta' sudah menggantikan Alif Ba' Ta' dalam hidup ini...

Sulaiman Palestin said...

Saudara Zam, jika kita dalam kumpulan kecil ini tidak berani menyuarakan kebenaran dalam UMNO, siapa lagi yang akan memulakannya. Lihat saja sejarah perjuangan Islam yang bermula dengan satu kelompok kecil dan akhirnya berjaya menawan dunia.Apakah sikap kekecewaan kita itu satu tindakkan positif yang dapat memperkasakan generasi pelapis yang bakal memerintah.Maka itu,pembentukkan itu harus bermula dengan diri kemudian diikuti dengan keluarga dan kemudiannya masyarakat.Tidakkah zaman kebangkitan Islam itu adalah satu perkara yang pasti dan persoalannya disini jika tidak dimulakan dengan yang segelintir ini apakah kebangkitan itu dapat direalisasikan?Apakah pengorbanan yang ada pada kita selagi masih bersikap negatif dalam perjuangan.Yakin boleh anak muda yang diwawarkan sejak zaman Che Det masih belum direalisasikan adalah berpunca dari sikap mudah putus asa dan tidak memahami erti sebenar perjuangan.Sikit sikit lama lama jadi bukit dan bersatu teguh bercerai roboh.Maka itu saya mengambil kesempatan dengan ilmu yang serba kurang bagi membenarkan erti kehidupan yang hakiki.Sikap putus asa juga merupakan satu dakyah yang didatangkan untuk melemahkan semangat perjuangan sehingga ada bangsa kita hari ini yang sanggup berperdana menterikan bangsa asing.Fikir Fikir

abe MIE said...

betul...GAM

sokong 100%


http://pkrpasdap.blogspot.com

yuzy said...

Nak anak muda tolong angkat tangan?

zamspotte said...

Teruskan usaha tanpa menoleh ke belakang lagi... "Andai roboh Kota Al-Quds, tugu di Nusantara kami tubuhkan."

Positif thinking... Positif Thinking... Positif Thinking...

Mahmudah... Mahmudah... Mahmudah...

(Marilah kita bermuzakarah sesama kita untuk sentiasa membetulkan niat kita hanya kepada Yang Maha Esa.. Insya Allah...)

Sulaiman Palestin said...

Yuzy,zaman sekarang kita tak memerlukan orang muda untuk angkat tangan kerna apa yang penting disini ialah anak muda harus terus dan terus menimba ilmu tentang kehidupan dan memahami akan erti perjuangan yang hakiki dalam kehidupan supaya dapat kita sama sama menjanakan satu ummah yang lebih perkasa.Jangan kita hanya sekadar menang sorak kampung tergadai.Ramai diluar sana yang hanya tahu menyorak dan tidak tahu apa yan mereka sorakkan.Baru ini saya ada menghadir satu mesyuarat cawangan di salah sebuah tempat diibu kota dan apa yang telah dipertontonkan amatlah menyedihkan dimana ada sekumpulan anak anak muda yang hanya tahu sebut sokong diatas setiap yang dicadangkan walaupun tidak memahami apa yang mereka sokong.Seolah olah mereka dibayar untuk datang menyokong.Apabila ditanya pada mereka tentang perkara yang mereka sokong, mereka jawab "tak tahu".Apakah ini yang diertikatakan perjuangan?Cakap apapun, sokong.Jika sikap begini terus diamalkan maka akan susahlah bangsa kita satu hari nanti.Saya harap yuzy tak marah.

Muhammad Azli Shukri said...

artikel sangat menarik..

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam,

benar lagi tepat

yuzy said...

Ye Pak Ngah.Terima kasih atas nasihat. :)

Solar Sel said...

Cerita bagus..