Saturday, August 30, 2008

APABILA KEHENDAK MELEBIHI KEPERLUAN

Hampir keseluruhan manusia masa kini sudah hilang kefahaman dalam pengurusan hidup sehingga sanggup menggadaikan maruah asal kehendak tercapai. Anak anak adalah ibarat kain putih dan yang mencorak anak anak tersebut adalah kedua ibu bapa dan masyarakat. Persoalan disini, apakah bapak bapak yang wujud dimasa kini memiliki ILMU yang cukup demi membentuk anak anak yang juga akan bakal menjadi bapak bapak yang bakal memimpin masa depan. Jika dilihat pada perihal bapak bapak yang ada sekarang berbanding sebelum merdeka, hampir keseluruhannya gagal digelar tokoh. Kemana hilangnya suara suara tokoh seperti Dato' Onn, Tok Bahaman, Mat kilau, Tok Janggut, Syed Jaafar Albar, Dato' Harun Idris, Dato' Za'aba dan lain lain lagi yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyatukan ummah. Orang orang ini sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi bangsa diatas keyakinan mereka yang begitu teguh terhadap Allah yang bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Mereka ini berdiri teguh dengan yang Maha Esa tidak seperti pemimpin pemimpin yang ada sekarang dimana kehendak mereka itu adalah melebihi apa yang mereka perlukan sehingga sanggup mengadaikan maruah bangsa kerna terlalu mabuk kuasa. Pejuang masa kini tak pernah merasa cukup dengan apa yang telah mereka miliki. Maka itu mereka akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendak tercapai. Rakyat juga turut jadi bodoh dengan tindakkan tindakkan para pemimpin apabila menjelang pilihanraya. Rakyat yang langsung tidak memahami akan perjalanan politik yang sedang berleluasa dimana mana. Hanya dengan tipu daya sepanjang sepuluh hari sepanjang kempen pilihanraya sudah cukup untuk mengubah pegangan rakyat.

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menceritakan hal seorang yang kononnya memperjuangkan Islam yaitu saudara Osama Ben Laden. Dengan berita berita yang telah diwarwarkan oleh para pemberita maka kita pun terus percaya bahawa beliau adalah seorang penjihad Islam. Apabila berlaku letupan dimana mana Osama akan dikaitkan dengan hal tersebut. Contohnya pada peristiwa 11 September. Kononnya ia adalah rancangan Osama. Kemudian letup diLondon dimana Osama juga yang menjadi perancang. Cubalah guna sikit akal yang telah dianugerahkan Sang Maha Pencipta pada kita. Janganlah asyik jadi pengikut saja, sekali sekala jadi lah orang yang percaya. Setiap kali mereka menayangkan gambar Osama di TV saya selalu tertanya tanya apakah pemberita pemberita yang ada lebih handal daripada daripada seluruh perisik yang ada dikalangan puak puak yahudi. Susah sungguh nak tangkap Osama tapi pemberita boleh temu ramah Osama. Sampai bila orang Islam hendak ditipu?

Dengar kata kekayaan Osama merupakan tulang belakang Arab Saudi tapi tak pernah dengar Osama bantu negara miskin pun. Dimana ada Osama disitu pasti akan diserang. Tidakkah disini Osama itu dicipta untuk memusnahkan dunia Islam. Disini ingin saya tegaskan bahawa gerakkan puak puak yahudi ini sudah lama berleluasa dalam negara kita. Ingat! matlamat orang yahudi adalah untuk meghancurkan dunia Islam. Cubalah lihat disekalangan pemimpin yang ada dalam negara kita tanpa mengira parti. Renunglah betul betul kedalam mata mereka? Jangan sampai anak cucu kita pula terpaksa mengangkat senjata menentang penjajah zaman moden. Salah satu petanda yang jelas bahawa dakyah yahudi sudah berjaya diserapkan dinegara kita adalah hilangnya maruah dikalangan warga muda dan juga yang tua. Pelbagai alat telah dicipta untuk mempermudahan tugas seharian akan tetapi manusia terpaksa berkerja siang dan malam kerana dakyah kehendak melebihi keperluan sudah menular kedalam setiap jiwa yang ada. Apabila kita mula sibuk sudah pasti kita tidak mempunyai masa untuk menelaah kitab atau mencari ILMU bagi memantapkan IMAN pada diri.

Apabila kita sibuk, maka dengan secara tidak langsung kita akan menjadi seorang pengikut yang tidak pernah memahami apa yang kita ikut. Maka dizaman sekarang ini adalah amat sukar bagi kita untuk mencari orang orang yang beriman(percaya) malah pengikut dapat kita cari dimana mana. Mengucap AKU BERSAKSI PANDAI tapi bila ditanya bila kamu bersaksi dan apa yang perlu ada dalam hal penyaksian maka semua akan diam. Cubalah berhenti sejenak dan berfikir atau bermuhasabah dengan diri. Apa perlu harta yang banyak jika tidak BARKAH? Setiap apa yang kita laksanakan diatas bumi ini adalah semata mata untuk memperoleh ketenangan yang tanpa kita sedari. Janganlah asyik menipi diri sendiri. Dunia ini adalah satu kenyataan dan buka andaian atau sangkaan. Kehidupan adalah suatu hal yang pasti. Maka berpegang teguhlah kau kepada tali Allah kerna sesungguhnya Allah itu tidak pernah menzalimi diri kamu melainkan diri kamu sendiri. FIKIR FIKIR.


Wednesday, August 27, 2008

Lagu Redha

Bukankah Dia lebih tahu apa di depan dan di belakang kita?
Maka diamkan lagu sedih,
lagu murung,
kelak sepertinya
tiada kita menadah,
barang yang dijanjikan sejak dulu,
sepertinya lagi
tiada redha.

Di hadapan sekalian alam pada tangan yang menciptanya,
betapa kita tampak lebih gagah,
dengan setitik keperkasaan dari tujuh lautan,
oleh kerana berdendang
lagu geram,
mengomel barang yang disampaikan
di telapak tangan yang menadah.

Oh, apakah bisanya
gagalnya barang yang dirancang,
- ini rangkap lagu rungut.

Kita yang menyanyikan lagu redha,
tiadalah kenal apa pun jua,
sehingga buta pada perbedaan,
murung atau girang,
sedih atau tawa,
geram atau suka.

Mari nyanyi lagu redha,
ajarkan aku sama.