Sunday, June 15, 2008

LUPA TAK INGAT SILAP KENA

Isteri hilang manusia susah hati, anak hilang manusia susah hati, tak ada duit manusia susah hati, kereta hilang manusia susah hati, mak mati susah hati, isteri mati susah hati, BN kalah susah hati, bers naik harga susah hati, minyak naik susah hati malah segala macam musibah apabila menimpa diri pasti susah hati. Apakah kita sudah lupa bahawa hukum karma dari Illahi adalah suatu yang pasti? Setiap musibah yang menimpa diri merupakan kifarah keatas diri. Apakah kita dapat menolak kebenaran ini? Mungkin manusia masa kini sudah terlalu amat berani kerana terlalu lantang menentang ketentuan Illahi. Na u zubillah hi min zalik.

Apabila musibah menimpa diri kenapa lupa muhasabah dengan diri sendiri? Tidakkah sejarah 313 Rasul membenarkan bahawa sejarah itu PASTI berulang. Lupakah kita akan sejarah bagaimana Allah memusnahkan kaum kaum yang engkar sebelum kita? Apakah kita sudah berani mencabar kehendak Illahi? Apakah kita masih memahami perjalanan hakiki dalam beragama? Tidakkah segala gundah gulana pada diri membenarkan bahawa manusia sudah jauh dari Illahi.

Tidakkah kita melihat pada setiap musibah yang menimpa pada sekitar negara seperti TSUNAMI, TAUFAN NARJIS, GUNUNG BERAPI, GEMPA BUMI dan lain lagi. Apakah kita sudah bersedia menerima apa yang bakal menimpa. Pada saat keputusn PRU12 diwartakan, seluruh warga diajak untuk muhasabah diri (fi anfusikum afala tub siriun). Kini segalanya telah dilupakan apabila gelanggang merebut kuasa dibuka semula. Rata rata menyuarakan kritikkan masing masing tapi sayang belum ada yang membentangkan jalan penyelesaian bagi membaik pulih ummah masa hadapan. Pelbagai bentuk permasalahan sosial telah melanda negara datang nya dari mana? Siapa dan apakah yang telah mengalpakan ummah? Baru ini beberapa anak muda lepasan universiti telah mengunjungi sebuah kolej diibu kota dan merasa amat terharu apabila 80 peratus dari penuntut disitu sudah tidah memahami akan agama. Ada yang tidak tahu pengertian mungucap dua kalimah syahadah, tidak tahu mandi wajib dan pelbagai lagi.

Apakah semua yang kononnya bakal layak menjadi menjadi pemimpim, memahami akan penyakit penyakit yang sedang melanda generasi muda yang bakal akan memimpin dunia akan datang. Sejauh manakah pencapaian kerajaan dalam membentuk modal insan yang sempurna. Apa yang berjaya diujudkan pada masa kini hanyalah graduasi graduasi TONG KOSONG yang langsung tidak dapat memahami erti perjuangan yang sebenar.

Penasihat agama pada Perdana Mentari hanya pandai mengesyorkan sahaja, akan tetapi beliau sendiri tidak memahami apa yang disyorkannya. Beliau mengesyorkan Islam Hadari tapi apabila timbul beberapa negeri yang mengharamkan majlis Islam hadari langsung tak diambil tindakkan. Kalau Pak Mid dah tak mampu nak menyumbang berhenti lah jadi penasihat. Jangan hanya pandai baling batu dan sembunyi tangan. Ingatlah, jangan kerana harta, tahta dan wanita kita sanggup merosakkan bangsa dan agama kerana pasti akan dipertanggungjawbkan dihadapan Kadhi Robbul Jallil di Yaumil Mahsyar. Jangan lupa "Kullu Nafsin Za Ikatul Maut". Belajarlah takut dengan Tuhan sama.


9 comments:

Nizam Gtz said...

Patriotikkah Kita?
Pabila Agama semakin dilupakan..
Patriotikkkah kita?
Pabila Bangsa dibiarkan tanpa agama...
Patrotikkah kita?
Pabila Tanah air terus bermuram durja dselubungi manusia durjana, pembuat dosa?

Anonymous said...

Salam Pak Ngah...
Ni lah akibatnya kalau kita asyik dok cari harta dunia. Tak pernah nak bersyukur ke atas apa yang ada. Asyik² nak hentam orang saja. Kita ni semua betoi. Orang lain semuanya salah. Kenapa tak mau hentam Tuhan terus? Bukankah yang baik dan juga jahat datangnya dari Tuhan??

Anonymous said...

Satu artikel yang tepat, padat, melekat, tak ingat.

AIDC said...

Salam

Betulkah Anwar Agen Amerika ? http://www.youtube.com/watch?v=2Sc5irk1zHk

Anwar sokong Amerika serang Iraq http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s

Betulkah Anwar terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Ahmad Jawhi said...

Asskm Pak Ngah,

Apa khabar? Lama tak ke markas...

Asskm. kepada sumer kengkawan...

Minta maaf kerana senyap sementara...

Cari makan... Cari diri...

Bagitau lar bila nak buat makan2...

Panglima Perang Cyber said...

ingat diri..

ingat mati...

ingat yang hidup..

ingat hancur...

ingat kekal...

ingat tiada awal ...

dan tiada akhir.

ingat kiamat tiap hari..

iaitu MATI dari terkubur roh dalam jasad, bebas ke alam maha luas nan indah...

hari gembira bagi wali..

derita bagi 'asi...

Letting the time pass me by said...

Sekarang nie memang banyak masalah sosial dan tahap-tahap pemikiran Islam sudah menjadi terlampau berbeza. Sesetengah mansia menjadikan Islam sebagai satu cara hidup, tetapi sesetengah generasi sudah mula mengganggap Islam sebagai agama nenek moyang, dan ini keadaan yang membimbangkan...

Mana silapnya? Mungkin kena tengok dasar pendidikan negara dan cara kehidupan pemimpin kita sendiri...

Wallahu'alam...

revomuda said...

apabila manusia lalai dan mula hilang rasa tanggungjawab pada diri dan persekitaran.........akibatnya!!!....

Emas Perak said...

http://perakbangkit.blogspot.com/

DEBAT POLITIK

CALON LEBIH PENTING DARIPADA PARTI

Tarikh: 10 Julai 2008 (Hari Khamis)
Jam: 08-30 malam
Siaran Langsung (astro Awani)

UMNO –VS- PKR

Antara:
YB Dato Dr Zambry Abd Kadir
(Panglima Berantai Melayu)
ADUN Pangkor - Ketua UMNO Bhg Lumut, Perak
Dan

YB Dato Zahrin Hashim
(Tukang Karut Purbaraya)
MP Bayan Baru - Pengerusi PKR Negeri P.Pinang
http://perakbangkit.blogspot.com/