Sunday, July 27, 2008

APA DAH JADI

Sejak kebelakangan ini warga UMNO telah dilanda demam pemilihan diperingkat cawangan atau peringkat akar umbi. Disini akar umbi diberi peluang untuk menentukan siapa dikalangan warga UMNO yang dianggap layak untuk menerajui sayap masing masing diperingkat cawangan. Musim pemilihan telah menampakkan ramai sekali golongan remaja yang menyertai mesyuarat akan tetapi apa yang dipertontonkan kurang memberansangkan. Anak anak remaja yang menyertai mesyuarat kali ini seolah olah tidak memahami erti kata perjuangan UMNO kerna dilihat menyokong membabi buta akan setiap individu yang dicalonkan. Mereka didatangkan seolah olah untuk mencukupkan undi individu yang hendak dicalonkan. Apakah sikap sebegini akan dapat mengujudkan pemimpin yang berkualiti didalam UMNO? Akhirnya maruah tergadai?

Kemanakah hilangnya suara suara pejuang yang lantang menyuarakan pendapat mereka seperti Syed Jaafar Albar, Dato' Harun Idris, Za'aba dan lain lain lagi? Warga UMNO sekarang senantiasa akan digempar atau ditakutkan dengan ayat DICANTAS. Jika siapa yang menentang pemimpin maka ianya akan DICANTAS. Saya sungguh kurang faham dengan hal cantas mencantas ini pada mulanya akan tetapi setelah diberi penjelasan oleh mereka mereka yang sudah lam dalam UMNO barulah saya mengerti. Walaubagaimanapun saya tetap tidak dapat menerima dengan hal cantas mencatas ini. Dahulunya saya sendiri pernah menghantarkan beberapa borang permohonan untuk menjadi ahli, malah pernah saya sendiri menyerahkannya kepada seorang ketua pemuda disatu bahagian diKedah akan tetapi keahlian saya entah kemana. Apabila diperiksa, permohonan saya tidak didaftarkan? Saya pun tak tahu kenapa? Hal sebegini tidak sahaja berlaku kepada saya malah ada ramai lagi yang menerima nasib yang sama. Sampai bila teguran didalam UMNO hendak dianggap tentangan saya pun tak tahu.

Akhirnya pru12 mendapat teguran dari kebanyakkan warga negara. Selepas menerima teguran keras dari rakyat maka warga UMNO dan BN disuruh muhasabah diri tapi apabila menjelang musim pemilihan kali ini, muhasabah diri tak diperhiraukan lagi kerna yang penting individu yang dicalonkan akan sanggup melakukan apa saja asal ditempatkan. Apa yang saya lihat sini adalah masalah akar umbi itu sendiri kerna tidak pernah serius dengan hal parti? Contoh, yuran ahli pun tak tahu nak bayar sendiri. Semuanya diharapkan pada ketua cawangan untuk bayar. Apabila datang musim pemilihan mereka yang tidak membayar yuran, tidak akan dibenarkan masuk mesyuarat. Bila tak boleh masuk mesyuarat barulah nak melatah.

Apa yang aneh disini ialah para calon sanggup mengambil ahli ahli baru yang tidak tahu asal usul perjuangan untuk menyokong mereka. Apakah akan jadi pada UMNO jika sikap sebigini terus menerus diamalkan? Jika dahulunya orang berani bersuara didalam UMNO kenapa sekarang tidak? Lidi sebatang akan mudah patah berbanding yang seberkas! Berani kerana benar dan takut kerna salah. UMNO adalah parti yang memperjuangkan keharmonian rakyat Malaysia dan bukan ahli UMNO sahaja. Jika diri kita dimantapkan dengan hal hal keimanan, tak mungkin kita akan mudah diperkotak katikkan orang kerna ikrar kita pada Allah setiap hari ialah ibadahku, hidupku dan matiku segalanya kerna Allah. Janji akan hanya tinggal janji jika kita tidak memahami erti yang dijanjikan. Maka itu moto pertama dalam perjuangan UMNO adalah AGAMA. Hanya dengan jalan memantapkan diri dengan hal keagamaan akan mengukuhkan pendirian diri masing masing.

Apa akan jadi dengan anak anak didalam UMNO jika bapak bapak tidak berani menegak erti pengertian sebenar didalam perjuangan? Matlamat anasir luar adalah untuk melihat orang islam menjadi serba mudur dalam kehidupan. Tidakkah kita lihat dengan apa yang telah berlaku dengan masyarakat islam diseluruh dunia dan kini penyakit perpecahan sesama islam itu sudah mula menular didalam negara kita.

Tuesday, July 15, 2008

MUSIM PEMILIHAN

Pru 12 baru beberapa bulan berlalu dan kini tiba pula musim pemilihan UMNO bagi memilih calon calon yang layak memimpin bermula dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat pusat. Rata rata peringkat didapati ada pertandingan tidak mengira diperingkat cawangan, bahagian mahupun pusat. Apakah seluruh warga UMNO sudah bersedia dan sudah memahami benar akan sifat sifat yang ada pada calon calon yang hendak dilantik bagi membentuk satu ummah yang perkasa?

Tempelak pada pru 12 masih hangat terasa dan persoalan disini apakah kita mahu melihat pejuang pejuang UMNO berada pada tahap asal atau inginkan pada satu perubahan? Sebelum kita menentukan apa apa keputusan marilah sama sama bermuhasabah pada diri sendiri dengan apa yang telah belaku, sedang berlaku dan akan berlaku?

Pertama tama yang harus ditilik adalah hal hala tuju perjuangan. Apakah yang hendak kita perjuangkan melalui tiket UMNO? Moto perjuangan UMNO bermula dengan AGAMA, kemudiannya BANGSA dan seterusnya NEGARA. Jadi bagi menentukan siapa yang layak maka haruslah kita menilai para bakal pemimpin itu selari dengan moto perjuangan UMNO supaya dapat kita sama sama merealisasikan apa yang tersemat pada moto perjuangan.

Janganlah kita menjadi orang orang yang bertanggung jawab merosakkan agama, bangsa dan negara kita sendiri hanya kerna ingin memenuhi kehendak nafsu diri sendiri dimana hanya dengan harta, tahta dan wanita sudah cukup untuk memusnahkan agama, bangsa dan negara. Suka atau tidak dan sedar ataupun tidak, setiap tindakkan kita itu pasti akan didatangkan timbal balasnya dari Yang Maha Berkuasa samada dalam bentuk senang(ketenangan) atau sengsara(azab). Pada lazimnya manusia akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendak nafsu dituruti. Kini manusia sudah semakin jauh dari Yang Maha Pengasih dan buktinya adalah BALA(AZAB) telah didatangkan dimana mana. Saban hari kita berikrar bahawa IBADAHKU, HIDUPKU DAN SEGALA PERBUATANKU ADALAH SEMATA MATA KERNA ALLAH. Melafazkan ikrar adalah satu perkara yang mudah akan tetapi melaksanakan ikrar adalah suatu yang amat menyukarkan selagi harta, tahta dan wanita terletak ditahap teratas.

Apakah agama itu satu barangan yang boleh dipersendakan? Nabi Muhammad s.a.w. telah berpesan,"jika kamu hendak dilantik menjadi seorang imam(pemimpin) hendaklah kamu lari seperti melihat seekor singa yang lapar". Akan tetapi, pada hari ini manusia akan datang berduyun duyun bagi mendapatkan jawatan tersebut. Manusia masa kini adalah spesis yang jauh lebih berani kerna sanggup mengenepikan ketetapan Illahi dalam membentuk sebuah kehidupan. Kononnya, dosa itu tak nampak tapi mereka lupa akan azab yang melanda mereka dan keluarga mereka seperti didatangkan pelbagai penyakit kedalam diri mereka. Orang yang asyik dalam melayani nafsu mereka tidak mungkin akan sedar bahawa penyakit yang didatangkan kepada mereka merupakan satu kifarah yang juga merupakan azab keatas diri mereka. Apakah perlunya harta yang menimbun sedangkan azab senantiasa melanda diri? Sajak Pak Lah juga ada berbunyi ,"YANG KU CARI BUKAN HARTA MENIMBUN". Jika benar demikian perjuangan kita kenapa masih takut untuk berkongsi kekayaan sehingga masih ada jurang perbezaan kam elit dan bawahan. Seperti yang telah saya katakan bahawa melafazkan ikrar adalah sesuatu yang mudah berbanding untuk merealisasikannya dalm kehidupan.

Kaum bawahan pula sanggup menggadai maruah agama demi untuk hidup senang.Maka itu jika kita lihat pada setiap kali musim pertandingan, bakal bakal calon akan sanggup mengumpul warga mat rempit bagi meraih sokongan ketika pemilihan. Kenapa berlaku demikian? Apakah budak rempit ini tahu menilai erti perjuangan? Cari orang bodoh untuk lantik calon bodoh maka dapatlah kita pemimpin bodoh. Ada yang sesetengahnya pula tidak mahu membayar yuran kepada ahli ahli yang tidak mahu menyokong mereka supaya tidak dapat menyertai pemilihan. Apakah orang orang ini layak untuk berada didalam UMNO? Berani kerna benar dan takut kerna salah. Jika calon benar benar telah menjalankan tanggung jawabnya didalam parti, maka adalah pasti untuk ia menang. Walaupun apa jenis permainan ang sedang dilakukan dimusim pemilihan, anda tetap akan diperhatikan dan jangan sampai UMNO ditalkin pada musim akan datang diatas sikap angkuh yang ada pada calon. Jika musim ini tak dapat mengundi, insya Allah pada musim depan berjumpa jagi. Ingat manusia tak mungkin ditipu dua kali. Ingatlah bahawa pru12 telah membuktikan bahawa rakyat menentukan siapa layak memerintah.

Hanya AGAMA yang dapt menyujudkan sebuah BANGSA yang perkasa dalam memartabatkan kembali UMNO dan seterusnya orang orang melayu kemercu tertinggi. Dengan menujudkan bangsa yang berpaksi pada agama, maka sudah pastilah ianya dapt membentuk sebuah NEGARA yang aman dan harmoni. AMIN