Sunday, July 27, 2008

APA DAH JADI

Sejak kebelakangan ini warga UMNO telah dilanda demam pemilihan diperingkat cawangan atau peringkat akar umbi. Disini akar umbi diberi peluang untuk menentukan siapa dikalangan warga UMNO yang dianggap layak untuk menerajui sayap masing masing diperingkat cawangan. Musim pemilihan telah menampakkan ramai sekali golongan remaja yang menyertai mesyuarat akan tetapi apa yang dipertontonkan kurang memberansangkan. Anak anak remaja yang menyertai mesyuarat kali ini seolah olah tidak memahami erti kata perjuangan UMNO kerna dilihat menyokong membabi buta akan setiap individu yang dicalonkan. Mereka didatangkan seolah olah untuk mencukupkan undi individu yang hendak dicalonkan. Apakah sikap sebegini akan dapat mengujudkan pemimpin yang berkualiti didalam UMNO? Akhirnya maruah tergadai?

Kemanakah hilangnya suara suara pejuang yang lantang menyuarakan pendapat mereka seperti Syed Jaafar Albar, Dato' Harun Idris, Za'aba dan lain lain lagi? Warga UMNO sekarang senantiasa akan digempar atau ditakutkan dengan ayat DICANTAS. Jika siapa yang menentang pemimpin maka ianya akan DICANTAS. Saya sungguh kurang faham dengan hal cantas mencantas ini pada mulanya akan tetapi setelah diberi penjelasan oleh mereka mereka yang sudah lam dalam UMNO barulah saya mengerti. Walaubagaimanapun saya tetap tidak dapat menerima dengan hal cantas mencatas ini. Dahulunya saya sendiri pernah menghantarkan beberapa borang permohonan untuk menjadi ahli, malah pernah saya sendiri menyerahkannya kepada seorang ketua pemuda disatu bahagian diKedah akan tetapi keahlian saya entah kemana. Apabila diperiksa, permohonan saya tidak didaftarkan? Saya pun tak tahu kenapa? Hal sebegini tidak sahaja berlaku kepada saya malah ada ramai lagi yang menerima nasib yang sama. Sampai bila teguran didalam UMNO hendak dianggap tentangan saya pun tak tahu.

Akhirnya pru12 mendapat teguran dari kebanyakkan warga negara. Selepas menerima teguran keras dari rakyat maka warga UMNO dan BN disuruh muhasabah diri tapi apabila menjelang musim pemilihan kali ini, muhasabah diri tak diperhiraukan lagi kerna yang penting individu yang dicalonkan akan sanggup melakukan apa saja asal ditempatkan. Apa yang saya lihat sini adalah masalah akar umbi itu sendiri kerna tidak pernah serius dengan hal parti? Contoh, yuran ahli pun tak tahu nak bayar sendiri. Semuanya diharapkan pada ketua cawangan untuk bayar. Apabila datang musim pemilihan mereka yang tidak membayar yuran, tidak akan dibenarkan masuk mesyuarat. Bila tak boleh masuk mesyuarat barulah nak melatah.

Apa yang aneh disini ialah para calon sanggup mengambil ahli ahli baru yang tidak tahu asal usul perjuangan untuk menyokong mereka. Apakah akan jadi pada UMNO jika sikap sebigini terus menerus diamalkan? Jika dahulunya orang berani bersuara didalam UMNO kenapa sekarang tidak? Lidi sebatang akan mudah patah berbanding yang seberkas! Berani kerana benar dan takut kerna salah. UMNO adalah parti yang memperjuangkan keharmonian rakyat Malaysia dan bukan ahli UMNO sahaja. Jika diri kita dimantapkan dengan hal hal keimanan, tak mungkin kita akan mudah diperkotak katikkan orang kerna ikrar kita pada Allah setiap hari ialah ibadahku, hidupku dan matiku segalanya kerna Allah. Janji akan hanya tinggal janji jika kita tidak memahami erti yang dijanjikan. Maka itu moto pertama dalam perjuangan UMNO adalah AGAMA. Hanya dengan jalan memantapkan diri dengan hal keagamaan akan mengukuhkan pendirian diri masing masing.

Apa akan jadi dengan anak anak didalam UMNO jika bapak bapak tidak berani menegak erti pengertian sebenar didalam perjuangan? Matlamat anasir luar adalah untuk melihat orang islam menjadi serba mudur dalam kehidupan. Tidakkah kita lihat dengan apa yang telah berlaku dengan masyarakat islam diseluruh dunia dan kini penyakit perpecahan sesama islam itu sudah mula menular didalam negara kita.

6 comments:

Nizam Gtz said...

Gerakkan anak muda ke arah itu! terapkan mereka dengan ilmu yang mendalam... bukan terapkan mereka dengan harta...

Semalam, cawangan saya telah mengadakan pemilihan... Alhamdulillah, kita menang walaupun ramai yang hadir tidak dapat surat rasmi... Kita gegarkan pemuda dengan orang baru yang berikrar akan membangunkan semula pemuda yang semakin longlai disebabkan pengurusan lalu yang lemah dan tidak mencorakkan jiwa pejuang...

harapan saya agar Ketua yang baru dilantik akan berrjuang demi menegakkan agama, bangsa dan tanahair...

*pasni bolehlar diterima menjadi ahli... insyaallah

Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga dengan RahmatNya kita dapat membenteras segala yang batil demi membentuk satu ummah yang perkasa diseluruh Nusantara.Jauhilah sifat sifat mazmumah terutama riya' dalam diri dan berpegang teguhlah dengan ikrar kita terhadap Yang Maha Kuasa yaitu,"INNAS SOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMA TI LILLAH HI ROBBIL ALAMIN".

Nizam Gtz said...

Insya allah, akan sentiasa ingat...
Semoga nawaitu kita sentiasa akan sentiasa disetkan hanya kepadaNYA...

*Ya Allah, berilah jiwa pejuang dalam hati anak-anak muda... Amin...

*Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri... Ampunilah dosa-dosa kami... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun....

Anonymous said...

Salam,
apa yang diluahkan oleh GAM adalah benar dan telah terjadi di mereta tempat.Di tempat aku pun begitu jugak.

Skullsplitter said...

Pesanan yang amat berharga. Terima kasih. InsyaAllah akan tiba masanya akan datang jiwa-jiwa yang sedia berjuang untuk memperkasakan ummah diseluruh Nusantara ini. Semoga Allah akan sentiasa menjaga hati ini agar tersemat ikrar yang kita lafazkan, harap ianya bukan sekadar lafaz dari mulut tapi tersemat disanubari berterusan. InsyaAllah.

skullsplitter

Anonymous said...

Sudah ditakdirkan begini.Segala-galanya konspirasi. Masjid & imam-imam pun berkonspirasi....atau munkinkah diriku yang berHALUSINASI !!