Sunday, June 15, 2008

LUPA TAK INGAT SILAP KENA

Isteri hilang manusia susah hati, anak hilang manusia susah hati, tak ada duit manusia susah hati, kereta hilang manusia susah hati, mak mati susah hati, isteri mati susah hati, BN kalah susah hati, bers naik harga susah hati, minyak naik susah hati malah segala macam musibah apabila menimpa diri pasti susah hati. Apakah kita sudah lupa bahawa hukum karma dari Illahi adalah suatu yang pasti? Setiap musibah yang menimpa diri merupakan kifarah keatas diri. Apakah kita dapat menolak kebenaran ini? Mungkin manusia masa kini sudah terlalu amat berani kerana terlalu lantang menentang ketentuan Illahi. Na u zubillah hi min zalik.

Apabila musibah menimpa diri kenapa lupa muhasabah dengan diri sendiri? Tidakkah sejarah 313 Rasul membenarkan bahawa sejarah itu PASTI berulang. Lupakah kita akan sejarah bagaimana Allah memusnahkan kaum kaum yang engkar sebelum kita? Apakah kita sudah berani mencabar kehendak Illahi? Apakah kita masih memahami perjalanan hakiki dalam beragama? Tidakkah segala gundah gulana pada diri membenarkan bahawa manusia sudah jauh dari Illahi.

Tidakkah kita melihat pada setiap musibah yang menimpa pada sekitar negara seperti TSUNAMI, TAUFAN NARJIS, GUNUNG BERAPI, GEMPA BUMI dan lain lagi. Apakah kita sudah bersedia menerima apa yang bakal menimpa. Pada saat keputusn PRU12 diwartakan, seluruh warga diajak untuk muhasabah diri (fi anfusikum afala tub siriun). Kini segalanya telah dilupakan apabila gelanggang merebut kuasa dibuka semula. Rata rata menyuarakan kritikkan masing masing tapi sayang belum ada yang membentangkan jalan penyelesaian bagi membaik pulih ummah masa hadapan. Pelbagai bentuk permasalahan sosial telah melanda negara datang nya dari mana? Siapa dan apakah yang telah mengalpakan ummah? Baru ini beberapa anak muda lepasan universiti telah mengunjungi sebuah kolej diibu kota dan merasa amat terharu apabila 80 peratus dari penuntut disitu sudah tidah memahami akan agama. Ada yang tidak tahu pengertian mungucap dua kalimah syahadah, tidak tahu mandi wajib dan pelbagai lagi.

Apakah semua yang kononnya bakal layak menjadi menjadi pemimpim, memahami akan penyakit penyakit yang sedang melanda generasi muda yang bakal akan memimpin dunia akan datang. Sejauh manakah pencapaian kerajaan dalam membentuk modal insan yang sempurna. Apa yang berjaya diujudkan pada masa kini hanyalah graduasi graduasi TONG KOSONG yang langsung tidak dapat memahami erti perjuangan yang sebenar.

Penasihat agama pada Perdana Mentari hanya pandai mengesyorkan sahaja, akan tetapi beliau sendiri tidak memahami apa yang disyorkannya. Beliau mengesyorkan Islam Hadari tapi apabila timbul beberapa negeri yang mengharamkan majlis Islam hadari langsung tak diambil tindakkan. Kalau Pak Mid dah tak mampu nak menyumbang berhenti lah jadi penasihat. Jangan hanya pandai baling batu dan sembunyi tangan. Ingatlah, jangan kerana harta, tahta dan wanita kita sanggup merosakkan bangsa dan agama kerana pasti akan dipertanggungjawbkan dihadapan Kadhi Robbul Jallil di Yaumil Mahsyar. Jangan lupa "Kullu Nafsin Za Ikatul Maut". Belajarlah takut dengan Tuhan sama.