Tuesday, September 30, 2008

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'

Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ' Hatim berkata,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air'.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan':

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmud demi kebaikan, InsyaAlla h Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wa Salam Ukhwah


Salam aidil fitri.

Monday, September 22, 2008

berdiri statik sebentar

Sayidina Umar berpesan: – Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. – Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. – Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. – Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. – Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. – Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. – Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. – Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Tuesday, September 2, 2008

Menatang Pauh

Menatang Pauh

syurga bagimu

adalah neraka bagi kami, rakyat

yang telah lima puluh tahun dipasung otaknya

tiap hari dipaksa makan tahi

dari janji, rasuah, dan tipu daya yang kau berak.


mudah kau hantar kami ke neraka

seperti anjing, tulang yang kau tabur adalah

candu-candu yang akan mengkhayalkan kami seratus tahun.


apa label tuan, tidak kami peduli

serban seberkas raga pun kami ditipu hidup-hidup oleh manis mulut

jadikan kami lembu pawah yang dicucuk hidung

dan tiap pagi dijamu rumput kering

yang disalut dadah demokrasi.


kami lama ketagih goyang gerudi

atau susu madu yang gelegak

dan tarian gelek yang terhidang,

hidup ini sementara

biarkan kami hanyut seketika

dan mabok-mabok sendirian

daripada terus-terusan menelan pil politik

yang kau tabur dalam pesta janji itu.

oleh:
mohd dahri zakaria,
kedah.