Tuesday, May 6, 2008

ponder... #2

Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.

Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..

Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..

Pesan pada hati, sekiranya kau peroleh kejayaan, janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik....

Pesan juga pada hati, sekiranya kau menghadapi kegagalan, usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupakan satu bentuk ujian Allah untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit darinya....

6 comments:

revomuda said...

pabila HATI KECIL BERKATA.... itu adalah niat kita....

mendidik hati hanya diri sendiri yang mampu melakukkan dengan dengan baik...tidak perlu dihendik tidak perlu dibentak cuma perlukan cetusan kecil di dalam hati untuk mendidiknya.....


dari HATI lahirnya
SABAR

dari HATI lahirnya
IKHLAS

dari HATI lahirnya
AMANAH

dari HATI lahirnya
JUJUR

dari HATI lahirnya
DENGKI

dari HATI lahirnya
KHIANAT

dari HATI lahirnya
TAMAk

dari HATI lahirnya
semua sifat dan perbuatan kita....

HATI
seketul organ yang merangsang semua tindakan kita..........

dimana kesudahannya tanya di dlam HATI kita sendiri

Nizam Gtz said...

Bicara soalnya hati... sukar dimengerti...

Kadangkala hati tidak boleh berfikiran waras, kembalilah kepada akalmu...

Akal boleh menyelesaikan semua perkara sehinggalah kepada batas-batas manusiamu... kemudian berserahlah kepada Kalamullah dan Sunnah nabiNYA...

Lalu, hati pula boileh membawa kepada kebaikan atau keburukan... maka pilihlah kamu dengan akalmu...

Sinar Cahaya said...

Askum, admin tlg linkkan blog ni http://sinarcahayabaru.blogspot.com
Terima kasih

Panglima Perang Cyber said...

salam dari bilik 4B yang menemani hingga dinihari di tepi pantai cahaya ...

dari madad limpahan Sang Satria tercinta antara makhlukNya...

pesan kepada wreckunit jangan lupa menghubungi yang memberi sesuatu kepadanya kerana kiraan masih banyak tahapnya dan perlu selalu berhubung.

doakan para pencinta di mana sahaja mereka berada...

salam cinta Tuhan untuk semua hati hati yang sejahtera !

AIDC said...

GAM,

Ada masa tonton video2 ni..

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Panglima Perang Cyber said...

Didik hati dengan nyalaan cinta kalimah Allah dan Hubb (cinta ) Rasulullah...

Tandanya ?

Bergetar jiwa raga apabila terlintas teringat terdengar ternampak tersentuh .....

yang dicintainya