Tuesday, April 29, 2008

ponder...

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.


6 comments:

Yusmir Yusop said...

Begitulah 'bom jangka' yg ditanam dalam otak manusia.Ruang-ruang diskusi dan ilmu ditutup dengan alasan 'benda remeh-temeh pun nak kecoh!'.

Ah,dia saja yang betul!

Nizam Gtz said...

kadang-kadang, sifat rendah diri dipandang hina dan tidak berdaya saing... kadang-kadang, sifat megah diri dipandang berlagak dan sombong...

Namun, berbicara soal sifat manusia, adalah lebih baik melakukan sifat yang mahmudah dan menghindari dari sifat mazmumah...

Skullsplitter said...

Sy melihat ianya adalah sebagai satu pemberontakan manusia bila apa sahaja yang disuarakan tidak mendapat perhatian. Sbg contoh petikan dari mulut sahabat saya ttg kepimpinan negara kita:

'Buat apa nak menegur? Dah bertahun lamanya kita menegur, tk diambil kisah pun'

Jadi kebanyakan manusia sekarang lebih suka bertindak dari bersuara.

EXPOSE ANWAR said...

jika kita memikirkan kesalahan dan maslah sampai bila pun ianya tak akan selesai, bila kita bermula memikirkan jalan penyelesaian maka detik itu bermula satu penyelesaian kepada kita dan orang lain.........sama2 lah kita pikirkan

revomuda said...

"di kurniakan akal dan fikiran untuk menilai, panduannya AL_QURAN dan HADIS...."

jika akal berfungsi dengan sendiri tanpa ada panduan maka semua yang di lemaprkan adlaah logik akal dan pendapat peribadi semata-mata.....

jiwakacau said...

saya setuju dengan pandangan revolusi orang muda...

apa jua masalah di datangkan sekali dengan penyelesaian. panduan dah disertakan,apa yang perlu dibuat sekarang hanya pilih pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikannya.