Semalam katanya dia cinta padamu
Hari ini dibiarnya kau bersendirian
Dia tidak pernah cinta padamu
Semalam dia menangis kerana lukamu
Hari ini menggelengkan kepala
Melihat lukamu masih berdarah
Dia tidak pernah simpati padamu
Semalam dia menyabung nyawa
Berdiri disisimu
Hari ini dibiarkan saja
Kau diperkosa
Kerana dia itulah dia
Petualang melulu
oleh Said Zahari (sewaktu dalam tahanan di penjara Changi dibawah pemerintahan rejim Lee Kuan Yew 1967)
Sajak ini seringkali dibacakan oleh sekumpulan anak muda di UPM ketika pilihanraya kampus atau di dalam perjumpan - perjumpaan kecil mereka.
Salut untuk mereka yang berani!!! Salut buat Said Zahari!!!
( Allahyarham Usman Awang )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bila lagik nak buat malam puisi GAM...sambil berbicara dan bertukar-tukar pandangan
Post a Comment